Ketua jurulatih Guangzhou FC, Pan Yonghe memberi bayangan pasukannya bakal bermain bertahan dengan cara ‘Parking Bus’ untuk elak bolos lebih banyak ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi kelima AFC Champions League (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Setakat ini, kelab dari China itu mencatat rekod bolos paling banyak dalam kumpulan I dengan 21 gol tanpa sebarang mata selepas mengharungi 4 perlawanan. Malah, mereka juga masih belum menemui jaringan dan disahkan tersingkir daripada perebutan tempat ke pusingan kedua.

Pan Yonghe juga menegaskan pemainnya semakin dahaga untuk memburu jaringan pertama dan yakin akan dapat lakukannya pada malam ini.

“Kami telah meneliti rakaman video dan sudah tentu, kami sentiasa mencari cara untuk kurangkan jumlah bolos. Kami akan membina blok pertahanan yang lebih tersusun tetapi pada masa yang sama, kami juga perlu meningkatkan tahap permainan keseluruhan.

“Sudah tentu, kami juga mahu bermain lebih baik di bahagian serangan, tetapi saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa pemain saya sentiasa berfikir untuk menyerang, mereka semua sudah lapar untuk mendapatkan gol.

“Kami bersedia untuk terus berjuang, beraksi lebih baik dalam permainan kami dan memastikan peningkatan berterusan dari satu perlawanan ke perlawanan seterusnya.” kata Pan ketika sidang media semalam.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora menyifatkan anak buahnya bakal berdepan tugas sukar walaupun mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Guangzhou ketika perlawanan pertama.

Skuad Harimau Selatan itu masih berpeluang untuk mara ke pusingan kalah mati dengan syarat mengutip 3 mata penuh dalam baki dua perlawanan terakhir.

“Ianya tidak mudah kerana kami tahu Guangzhou akan buat blok pertahanan dengan menempatkan ramai pemain, kalau bukan keseluruhan pasukan mungkin di belakang bola.

“Dan anda mesti ingat bahawa Guangzhou akan bermain untuk menyelamatkan reputasi mereka. Kita perlu mewujudkan permulaan yang baik, mulakan tindakan kita dan yang paling penting, mengambil peluang yang datang dengan cara kita.

“Kami tidak boleh terlalu memikirkan keputusan Ulsan atau Kawasaki, kami hanya perlu fokus pada perlawanan kami.” jelas Mora.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Penyokong Azul Claro Numazu Kibar Bendera Malaysia Sebagai Tanda Sokongan Kepada Hadi Fayyadh

ACL 2022: Tewas Kepada Kelab Asean, Media Korea Anggap K League Dipermalukan

Shanghai Port Tarik Diri Daripada ACL 2022, Hanya Tiga Pasukan Tempat Kedua Terbaik Mara Ke Pusingan 16